Gratisan Musik
Queen ♛ Tuplet


Indahnyaa
Monday, 10 September 2012, ϟ 0 shout(s)

Assalamualaikum ! 
Moga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan.. happy selalu~!

Okay,nak tanya. Klau kita sayang dkat seseorang tu, msti kita mengharapkan org yg kita sayangi tu selalu berada dalam kebaikan . betul x? betul kan.. xyah nak tipu la. msti ada punya. xkan kita nak harap org yg kita sayang tu mati ke.. ape ke.. kan? 
Soo , buktikan lah rasa kasih sayang kita tu dgn menyampaikan harapan kita kepada Allah dgn menDOAkan sahabat kita.

Sebenarnya, kita bukan kena berdoa untuk diri kita je. Doa untuk org lain pun kena jugak ! Contohnya doa lah untuk ibu bapa kita , keluarga kita , guru2 kita, sahabat2 kita dan saudara2 semuslim kita di luar sana. 

Setelah solat , doakanlah sahabat kita. Walaupun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafazkanlah doa kita dengan penuh harapan kepada Allah.Mohonlah keampunan untuk dosa2 sahabat kita kepada Allah.SEBUT namanya dalam doa anda ! Doakanlah dia selalu ^_^ 


Indahnyaa..

Sangaaat indah.Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain.Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tapi jangan pulak tetiba lepas habis doa je, kat skolah terus bagitau kat kawan ' weh, tadi aku dh doa untuk kau, skrang doa untuk aku plak.' Puii , mcm ape je. Lek ah.. haha.
Jadi , Banyak2 kan lah berdoa. Tak rugi. Orang kata , kalau kita doakan orang lain tanpa pengetahuan orang tersebut , doa kita dimakbulkan . kan? 

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya.Beginilah indahnya persahabatan dalam islam. 

Okay, sampai di sini sahaja. Mohon maaf jika post ini buat anda mengantok dan sebagainya. maklumlah , ayat skema nak mampos. Mcm tah pape pon ade. Tapi asalkan mesej nya sampai. Sampai x? Kalau x sampai.. BACA BALIK.  

Posted by : Someone.Somewhere 






new past